Tarikh | : 17.05.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 11.00 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 2 Orang |

Tujuan
Program Safe and Sheild atau Kempen Internet Selamat (KIS) ini terbahagi pada dua iaitu Safe untuk kanak – kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun manakala, Sheild pula fokus pada umur 13 tahun keatas. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang keselamatan dan perlindungan digital. Selain itu, KIS ini juga untuk mendidik pengguna mengenai amalan terbaik ketika menggunakan teknologi.
Aktiviti
- Kelas Safe ini telah diadakan secara atas talian yang mana fokus Safe adalah dalam kalangan pelajar sekolah yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.
- Petugas membantu peserta dalam membuka kelas secara atas talian ini.
- Penceramah memulakan dengan memberikan penerangan tentang topik hari ini iaitu Laman Web Bahaya untuk meningkatkan pengetahuan tentang bahaya laman web yang dilayari oleh mereka.
- Selain itu, demostrasi cara melindungi data
- Dalam sesi ini juga ditayangkan video berkaitan dengan laman web bahaya dan bagaimana cara untuk mengetahui laman yang dicari adalah berbahaya kepada kita.
- Disamping itu, dalam bengkel ini juga penceramah memberi peluang untuk sesi soal jawab ringkas serta perkongsian bagi meningkatkan kesedaran dan juga keseronokan peserta dalam program ini.