mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2025 – SHEILD : WEBINAR KIS – LINDUNGI DATA PERIBADI JOM KENALI DATA PERIBADI

Tarikh: 17.05.2025
Masa: 11.00 pg – 12.00 ptg
Lokasi: NADI SEBERANG JERTEH
Peserta: 3 Orang

Tujuan

Program Safe and Sheild atau Kempen Internet Selamat (KIS) ini adalah bertujuan untuk  meningkatkan kesedaran peserta tentang keselamatan dan perlindungan digital. Webinar kali ini adalah bertajuk Lindungi Data Anda, Lindungi Identiti Anda ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kebocoran data iaitu risiko identiti dicuri. Melalui sesi ini, peserta dapat mempelajari cara untuk melindungi maklumat peribadi dalam dunia digital yang kian mencabar.

Aktiviti

  • Kelas Sheild ini telah diadakan secara atas talian yang mana fokus Sheild adalah berumur 13 tahun keatas.
  • Petugas membantu peserta dalam membuka kelas secara atas talian, sesi kali ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya melindungi data peribadi.
  • Dalam sesi ini peserta diterangkan bagaimana penjagaan data perinadi yang selamat seperti nombor kad pengenalan, akaun bank, kata laluan, dan sebagainya agar tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Selain itu, penceramah juga telah menekankan bahawa pentingnya kita mengambil langkah-langkah untuk melindungi data peribadi kita iaitu sentiasa pastikan menggunakan kata laluan yang kuat dan unik, tidak berkongsi maklumat peribadi di media sosial, berhati-hati apabila menerima sebarang emel atau mesej yang mencurigakan serta lain-lain lagi.
  • Disamping itu, dalam bengkel ini juga penceramah memberi peluang untuk sesi soal jawab ringkas serta perkongsian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap dunia digital ini. d

GAMBAR DISINI