mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2024 – PROGRAM SMART SERVICE (WELLBEING) BERSAMA JABATAN DAERAH BESUT

Tujuan

Program Smart Service (Wellbeing) adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan saringan ini langkah untuk komuniti lebih peka dalam menjaga kesihatan. Secara langsung program ini dapat memperluaskan hebahan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan di Jabatan Majlis Daerah Besut yang mana fokus pada saringan kesihatan ini adalah dalam kalangan pekerja dan pegawai disana. Saringan ini sebagai langkah kesedaran masyarakat terutama yang bekerja untuk menjaga kesihatan awal dengan membuat saringan kesihatan. Program saringan kesihatan ini yang dikendalikan oleh petugas NADI untuk membuat saringan disini yang mana petugas akan membuat saringan asas iaitu Saringan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan glukos dalam darah, dan bmi (ketinggian dan berat) untuk membantu komuniti menjaga dan mengetahui tahap kesihatan.

GAMBAR DISINI