Tarikh | : 05.11.2024 |
Masa | : 11.30 pg – 1.00 ptg |
Lokasi | : SMK JABI |
Peserta | : 100 Orang |

Tujuan
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan cara yang bijak serta berhemah dalam penggunaan internet dan komputer. Dengan program ini sekaligus, dapat menambah ahli untuk NADI yang mana untuk pelajar sekolah adalah keahlian secara percuma dan juga memperluaskan hebahan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI seperti saringan kesihatan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi (SMK JABI) yang mana aktiviti yang dijalankan disini adalah taklimat mengenai kesedaran “safe&sheild” tentang penggunaan internet yang berhemah dalam kalangan pelajar agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan penipu dan buli siber. Selain itu, dalam taklimat ini juga kita telah adakan aktiviti atau kuiz yang menarik untuk melihat kefahaman dan kepekaan mereka terhadap taklimat kesedaran yang diberikan oleh petugas NADI. Diharapkan semoga pelajar dapat menerapkan dan memahami apa yang telah disampaikan serta dapat menggunakan internet secara berhemah dan bijak.