| Tarikh | : 15.11.2025 |
| Masa | : 10.00 pg – 11.00 pg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 9 Orang |
TUJUAN
Tujuan Kempen Internet Selamat (KIS) Jejak Digital adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna, khususnya pelajar dan komuniti, tentang pentingnya menjaga rekod digital yang ditinggalkan setiap kali menggunakan internet.
AKTIVITI
- Dalam bengkel Kempen Internet Selamat Jejak Digital ini peserta mempelajari bagaimana setiap aktiviti dalam talian seperti mencari maklumat, memuat naik gambar, meninggalkan komen atau berkongsi kandungan mewujudkan rekod digital yang boleh dijejaki.
- Peserta turut memahami jenis-jenis jejak digital, risiko pendedahan maklumat peribadi, dan bagaimana data tersebut boleh disalahgunakan jika tidak dikawal.
- Selain itu, topik ini mengajar peserta cara melindungi privasi, mengurus tetapan keselamatan, memilih perkongsian yang bertanggungjawab serta membina imej digital yang positif dan selamat di internet.
- Secara keseluruhan, topik ini menekankan kepentingan kesedaran dan tanggungjawab pengguna ketika berada di dunia maya. Peserta memahami bahawa setiap tindakan dalam talian meninggalkan rekod yang boleh dijejaki, memberi kesan terhadap reputasi dan keselamatan peribadi.
