mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2025 – PROGRAM KHAS WEBINAR GERAK GEMPUR SPM TIPS DAN TRICK SKOR A SPM SEJARAH

Tarikh: 08.11.2025
Masa: 2.30 ptg – 4.30 ptg
Lokasi: NADI SEBERANG JERTEH
Peserta: 1 Orang

TUJUAN

Program Dilea adalah inisiatif yang memainkan peranan penting dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan. Webinar khas gerak gempur ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan yang berkesan kepada pelajar dalam menguasai teknik menjawab soalan SPM Sejarah dengan betul dan strategik. Selain itu, webinar ini bertujuan meningkatkan keyakinan pelajar melalui perkongsian tip dan strategi skor A yang mudah digunkan dalam persediaan harian menjelang peperiksaan.

AKTIVITI

  • Kelas webinar berkala ini merupakan salah satu program membantu pelajar SPM yang berlangsung dari jam 2.30 sehingga 4.30 petang.
  • Petugas membantu peserta membuka kelas online di LMS DILEA.
  • Guru menyampaikan pengajaran dengan pendekatan interaktif yang merangkumi penerangan topik, sesi soal jawab, dan aktiviti latihan.
  • Dalam sesi kelas ini juga berkongsi kaedah dan strategi bagaimana untuk menjawab kertas Sejarah menggunakan teknik-teknik seperti kata kunci, nota ringkas dan sebagainya.
  • Melalui program ini diharapkan peserta dapat menggunakan ilmu yang disampaikan dan dimanfaatkan dalam menjawab peperiksaan.

GAMBAR DISINI