| Tarikh | : 08.11.2025 |
| Masa | : 2.30 ptg – 3.30 ptg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 2 ORANG |
TUJUAN
NADI X Keusahawanan merupakan satu program keusahawanan yang berstruktur bagi melatih dan membangunkan usahawan NADI. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai strategi pemasaran digital dan pengurusan operasi perniagaan yang berkesan.
AKTIVITI
- Dalam kelas Usahawan Cohort 6: Pengenalan kepada Keusahawanan, peserta akan mempelajari asas-asas penting dunia perniagaan.
- Setelah mendaftarkan diri pesrta diminta untuk menonton video keusahawanan yang disediakan untuk peserta.
- Melalui tontonan video keusahawanan, peserta turut didedahkan kepada pengalaman sebenar usahawan, strategi pemasaran, pengurusan operasi asas dan cara memulakan perniagaan kecil secara praktikal.
- Selain itu, peserta juga dapat menonton video rakaman webinar yang memebawa topik-topik tertentu untuk peserta keusahawanan ini jika tidak dapat hadir ke sesi webinar atas talian.
- Pembelajaran ini secara keseluruhan membantu peserta membina pemikiran usahawan, meningkatkan keyakinan serta memberikan gambaran awal tentang langkah-langkah memulakan perniagaan sendiri.
