| Tarikh | : 21.11.2025 |
| Masa | : 3.00 ptg – 4.30 ptg |
| Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
| Peserta | : 4 Orang |
TUJUAN
Cybersecurity ini merupakan satu program dibawah Five Pillar yang mana webinar Cybersecurity pada kali ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang potensi ancaman dan kelemahan yang wujud apabila teknologi kecerdasan buatan digunakan dalam pelbagai sistem digital. Ia bertujuan membantu individu dan organisasi memahami cara melindungi data, sistem, dan maklumat peribadi daripada serangan siber, manipulasi algoritma, atau penyalahgunaan AI.
AKTIVITI
- Petugas NADI membantu peserta mendaftar nama dalam sistem LMS dan membantu membuka webinar dengan topik Risiko Siber Dalam AI.
- Dalam kelas ini peserta didedahkan dengan apa itu AI atau Artificial Inteligence kemampuan mesin atau komputer untuk meniru tingkah laku serta pemikiran manusia.
- Selain itu, peserta juga diajarkan bagaimana untuk menggunakan AI ini seperti chatgpt.
- Penceramah berkongsi dengan peserta dalam menghasilkan poster atau carian menggunakan chatgpt ini dan juga memberikan maklumat tentang AI yang paling baik untuk digunakan seperti chatgpt, deppseek, gemini ai dan lain-lain.
- Malah, dalam webinar ini juga peserta bukan sahaja mendengar taklimat tetapi diadakan juga kuiz berkaitan dnegan tajuk tersebut untuk melihat sejauh mana kefahaman peserta terhadap topik tersebut.
