Tarikh | : 19.04.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 11.00 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 3 Orang |

Tujuan
Bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk mencapai satu juta ahli sahaja yang mana ahli untuk pelajar sekolah adalah percuma sahaja. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan cara yang bijak serta berhemah dalam penggunaan internet dan komputer.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (SK TANAH MERAH) yang mana aktiviti yang dijalankan disini adalah taklimat mengenai kesedaran “safe&sheild” tentang penggunaan internet yang berhemah dalam kalangan pelajar agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan penipu dan buli siber. Selain itu, dalam taklimat ini juga kita telah adakan aktiviti atau kuiz yang menarik untuk melihat kefahaman dan kepekaan mereka terhadap taklimat kesedaran yang diberikan oleh petugas NADI. Pelajar sangat teruja dan seronok dengan aktiviti dan taklimat yang dijalankan. Diharapkan semoga pelajar dapat menerapkan dan memahami apa yang telah disampaikan serta dapat menggunakan internet secara berhemah dan bijak.