Tarikh | : 27.05.2025 |
Masa | : 10.00 pg – 11.00 pg |
Lokasi | : NADI SEBERANG JERTEH |
Peserta | : 1 ORANG |
Tujuan
Mshir Short Learning adalah satu program pembelajaran atau kursus singkat/pendek di bawah NADI pembelajaran sepanjang hayat yang mana tujuan mahir ini adalah untuk memberikan peluang kepada komuniti yang ingin menambah ilmu dan memperkasakan lagi kemahiran.
Aktiviti
- Pogram hari ini adalah belajar bagaimana untuk menukarkan LCD telefon pintar yang diadakan secara atas talian melalui LMS Mahir.
- Peserta diajarkan secara pratikal bagaimana cara untuk menukarkan LCD yang mana peserta diperkenalkan dahulu barang baiki telefon dan jenis barang yang akan digunakan itu berbeza setiap fungsinya.
- Peserta juga diajarkan bagaimana teknik dan langkah dalam menukarkan lcd telefon dari bagaimana cara untuk menanggalkan skru telefon dan bateri sehingga bagaimana untuk memasangkan kembali telefon tersebut.
- Peserta sangat teruja dan seronok dengan kelas ini dan diharakan peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan dalam kehidupan masing-masing.