PERUSAHAAN KUIH AKOK
USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN TEMPATAN

Puan Ropuan mula berniaga secara kecil-kecilan di pasar minggu sebelum memiliki kedai milikan sendiri di bandar jerteh. Mula berniaga pada tahun 2014 dengan membantu ibu yang berniaga di pasar malam bagi mendapat pendapatan bulanan. Beliau juga sering menghantar kuih akok ke kedai-kedai lain bagi mempromosikan dan memperkenalkan kuih nya. Mempunyai 7 jenis perisa antaranya, perisa jagung, kurma, pisang, durian, perisa original, kacang merah dan kacang hijau. Menjual pada harga yang mudah 3 biji RM2.00.