Pusat Internet 1 Malaysia Seberang Jerteh merupakan fasa 1 yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 2009 dan mula beroperasi pada 1 April 2009. Terletak berhampiran Masjid Kayu Ulul Albab dan jarak 2km dari bandar Jerteh. Bertapak di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3 bersebelahan Tabika Perpaduan Seberang Jerteh I dan II. Dahulu, PI1M Seberang Jerteh dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) dan pada julai 2012, nama Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) telah ditukarkan kepada Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Seberang Jerteh sehingga sekarang.
Sebelum PI1M Seberang Jerteh mula ditubuhkan, tapak yang telah digunakan sekarang merupakan balai raya Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) RAKR Pelagat 3 Seberang Jerteh iaitu Tuan Haji Mohamad Bin Ishak selaku Pengerusi JKKK Pelagat 3. Setelah diberitahu akan penubuhan PI1M Seberang Jerteh , Beliau telah bersetuju balai raya yang beliau gunakan dijadikan sebagai Pusat ICT kepada komuniti kampung. Bermula dari PI1M Seberang Jerteh ditubuhkan pada 1 April 2009 sehingga Ogos 2013, PI1M telah memiliki keahlian seramai 915 orang dan 19,964 orang pengunjung. Dan sehingga kini, keahlian semakin meningkat lebih 1815 orang dan 97,221 orang pengunjung.
PI1M Seberang Jerteh telah memberi kemudahan ICT kepada komuniti setempat kepada semua golongan tidak kira tua atau muda. PI1M Seberang Jerteh juga banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada golongan-golongan yang kurang pengetahuan tentang ICT. Dan sehingga kini, PI1M Seberang Jerteh telah dikenali di semua peringkat umur bagi kemudahan-kemudahan yang disediakan dan melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. PI1M sering bekerjasama dengan komuniti khususnya JKKK Pelagat 3 dalam menitikberatkan aspek-aspek kemasyarakatan antara komuniti setempat.

PI1M JANUARI 2009 SEHINGGA JULAI 2012 DAN PI1M SEHINGGA KINI
* Para pengguna boleh melayari facebook PI1M : https://www.facebook.com/PI1MPELAGAT